Mayat Mangsa Lemas Ditemui


Mayat Mangsa Lemas Ditemui

Lelaki yang hilang di Sungai Pagalan berhampiran Kampung Dangulad, Keningau, Jumaat lalu, ditemui lemas berhampiran Jambatan Binai, Tenom, 10 pagi hari ini.

Mangsa, Daibet Juan, 48, ditemui sekumpulan pekerja kuari yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, sebaik menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi terbabit.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada kejadian Jumaat lalu, mangsa bersama anak lelakinya, Endry, 11, dikatakan menyeberangi Sungai Pagalan berhampiran Kampung Dangulad.

Daibet dihanyutkan arus deras manakala anaknya terselamat.

Ketika kejadian, dua beranak itu dikatakan dalam perjalanan mencari rebung. - Apakes
Mayat Mangsa Lemas Ditemui Mayat Mangsa Lemas Ditemui Reviewed by Lina Slayer on 23:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.