Penuntut Malaysia Disoal Siasat Polis Manchester


Penuntut Malaysia Disoal Siasat Polis Manchester

Kementerian Luar mengesahkan tiga penuntut Malaysia di Universiti Manchester ditahan bagi siasatan insiden serangan bom di konsert penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena, 22 Mei lalu.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan tiga penuntut terbabit ditahan oleh polis Manchester pada 5.40 petang (waktu tempatan), 29 Mei lalu.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Longsight, Manchester dipercayai untuk disoal siasat sebelum dibebaskan pada 9 malam, hari sama.

"Oleh itu, warga Malaysia yang menetap di sekitar kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan serta melaporkan diri kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London," katanya.

Dalam kejadian 10.35 malam waktu tempatan (4.35 pagi waktu Malaysia) 22 Mei lalu, seramai 23 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan terbunuh, manakala 59 lagi cedera apabila penyerang berani mati, Salman Abedi, 22, meletupkan alat letupan yang diubah suai ketika Ariana Grande selesai menyanyikan lagu terakhirnya Dangerous Woman di Manchester Arena. - Apakes
Penuntut Malaysia Disoal Siasat Polis Manchester Penuntut Malaysia Disoal Siasat Polis Manchester Reviewed by Lina Slayer on 23:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.