Rakyat Malaysia Antara Militan Terkorban




Warga Malaysia dan Indonesia adalah antara rakyat asing yang bertempur dengan tentera Filipina di Pulau Mindanao, kata pegawai Filipina hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di bandar Davao, Ketua Pendakwa Raya Filipina, Jose Caloda berkata, enam rakyat Malaysia dan Indonesia adalah antara militan yang ditembak mati semalam dalam pertempuran yang berlarutan sejak tiga hari lalu di bandar Marawi, tempat tentera berusaha mengusir anggota Maute, kumpulan militan yang ada hubungan dengan Daish.

“Sebelum ini, ia hanya kumpulan pengganas tempatan. Tetapi kini mereka sudah menerapkan ideologi Daish. Mereka mahu menjadikan Mindanao sebahagian daripada negara khalifah,” katanya.

Filipina mengerahkan helikopter tentera dan pasukan komando untuk mengusir kumpulan itu dari bandar Marawi.

Setakat ini, 11 askar dan 31 militan terbunuh sejak pertempuran meletus Selasa lalu. - Apakes
Rakyat Malaysia Antara Militan Terkorban Rakyat Malaysia Antara Militan Terkorban Reviewed by Lina Slayer on 20:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.