Ugut Nak Letupkan Bank


Ugut Nak Letupkan Bank

Polis terpaksa dikerahkan memeriksa dan mengawasi Bank Islam Jalan Cempaka SD 12, Petaling Jaya, hari ini, apabila pengurusan bank itu menerima panggilan ugutan yang mahu meletupkan bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya dimaklumkan pengurus bank menerima dua panggilan daripada seorang lelaki yang mengugut untuk meletupkan bank itu sekiranya tidak memberikan RM300,000 kepadanya.

Katanya, suspek turut meminta supaya pihak bank menyerahkan wang terbabit di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara.

"Susulan itu, pengurus bank membuat laporan polis, jam 12.05 tengah hari dan polis mengarahkan pelanggan serta pekerja supaya mengosongkan premis berkenaan untuk pemeriksaan.

"Unit Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut dikerahkan ke lokasi bagi tindakan lanjut dan selain itu sepasukan anggota turut dikerahkan untuk pengawasan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zani berkata, siasatan lanjut mendapati suspek membuat panggilan dari pondok telefon awam di kawasan Shah Alam.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti dan mengesan suspek," katanya. - Apakes

Ugut Nak Letupkan Bank Ugut Nak Letupkan Bank Reviewed by Lina Slayer on 23:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.