3 Ditahan Pukul Remaja




ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga remaja bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan dua mangsa bawah umur di Taman Nusa Bestari di sini, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata suspek berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan pada jam 4.50 pagi di sebuah apartmen di Taman Tampoi Indah, Isnin lalu.

Katanya, Balai Polis Iskandar Puteri menerima panggilan berhubung kejadian dua remaja dipukul oleh sekumpulan lelaki.

"Kejadian dilaporkan di hadapan sebuah hotel di Taman Nusa Bestari pada jam 11.55 pagi, 19 Ogos lalu.

"Pengadu terus membuat laporan untuk dijadikan maklumat pertama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, tiga remaja berusia 14, 15 dan 18 tahun ditahan di sebuah apartmen oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri, pada 21 Ogos lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan. - Apakes

3 Ditahan Pukul Remaja 3 Ditahan Pukul Remaja Reviewed by Lina Slayer on 16:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.