Aishah Azman Dilabel 'Kayu' ?




Pendatang baharu, Aishah Azman bimbang sekiranya diberi label pelakon 'kayu' oleh peminat yang tidak berpuas hati dengan mutu lakonannya.

Bagaimanapun bekas graduan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini berkata, dia bersyukur kerana selepas beberapa buah drama lakonannya ditayangkan penonton memberikan reaksi positif.

"Minta dijauhkan dengan gelaran 'kayu' itu. Jujurnya memang saya takut dengan label itu kerana ia mampu memberi impak negatif kepada karier saya.

"Tapi Alhamdulillah setakat ini belum ada yang panggil saya 'kayu' tetapi itu juga tidak boleh buat saya berasa selesa kerana kita tidak tahu apa akan terjadi kemudian hari.

"Apa yang boleh saya lakukan adalah terus berusaha dan belajar bagi memastikan setiap lakonan itu menjadi," katanya.

Sementara itu, adik kepada aktor Afiz Muiz ini mengakui latar pendidikannya banyak membantu dia mendalami sesuatu watak walaupun secara dasarnya masih banyak kelemahan perlu diperbaiki.

Atas dasar itu juga, Aishah tidak keberatan untuk mengikuti kelas lakonan bagi memantapkan lakonannya.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata dia teruja apabila diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama bersiri berjudul Cinta Hati Batu untuk siaran TV3 tidak lama lagi.

Kata Aishah, dia menganggap pemilihannya itu sebagai satu rezeki dan mengambil peluang itu untuk membina namanya dalam industri lakonan."Saya ambil peluang itu kerana ia rezeki apabila diberi kepercayaan oleh pihak produksi.

"Harus saya akui juga sedikit tertekan kerana watak diberikan agak berat kerana perlu banyak menangis dan bermain dengan emosi dalaman.

"Pun begitu saya anggap itu sebagai cabaran dalam memberikan yang terbaik," katanya yang bergandingan dengan Ashraf Muslim dan Fadlan Hazim menerusi drama itu.

Aishah Azman Dilabel 'Kayu' ? Aishah Azman Dilabel 'Kayu' ? Reviewed by Lina Slayer on 15:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.