Bas Terbalik Dirempuh, Kereta Dilarikan




HULU SELANGOR - Sebuah bas terbalik selepas dirempuh dari belakang oleh kereta dari arah Tanjung Malim menghala ke Lembah Beringin di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.35 pagi itu, semua enam orang penumpang dan pemandu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berusia 27 hingga 30 tahun terselamat.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata kereta Proton Perdana yang bergerak bersama-sama bas berkenaan dan berhenti untuk memberi bantuan kecemasan dilarikan seorang lelaki.

"Menurut mangsa, kereta terbabit dilarikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sek 379A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu. - Apakes
Bas Terbalik Dirempuh, Kereta Dilarikan Bas Terbalik Dirempuh, Kereta Dilarikan Reviewed by Lina Slayer on 21:16:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.