"Biar Pihak Polis Siasat" - Man Kidal




“ATAS nasihat rakan-rakan dan bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga, dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” kata pemain gitar popular, Man Kidal, 54, mengenai pembabitan anaknya, Mohd Shefflee, 32, atau Elly dalam perniagaan ‘money game’ dan melarikan jutaan ringgit wang pelabur seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkata, anaknya itu menyerah diri minggu lalu bagi memberi keterangan dan hanya dibebaskan Ahad lalu.

Man berkata, berikutan dakwaan yang tular itu, keluarganya menjadi mangsa cemuhan netizen di media sosial.

“Kepada mereka yang tidak henti-henti mencemuh, menuduh dan melontarkan tohmahan terhadap anak saya, hentikan segera kerana ia turut membabitkan nama saya dan seluruh keluarga kami.

“Serahkan kepada polis dan biar mereka melakukan tugas mereka. Pada masa sama kami sedang mengumpul bukti untuk membuktikan Elly tidak bersalah,” katanya kepada Harian Metro.

Man berkata, Elly kini menguruskan perniagaannya seperti biasa dan akan terus memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah kes itu selesai.

Man berkata, anaknya itu tidak pernah melakukan kegiatan itu. Menerusi syarikatnya Global Tijari Holdings Berhad, dia mengeluarkan pelbagai produk termasuk untuk kesihatan.

“Dia ada kilang dan produk keluarannya memang berdaftar. Ada lebih 1,000 pelabur yang melabur dalam perniagaan itu tetapi hanya 80 orang yang mendakwa Elly menipu mereka.

“Mungkin perkara itu terjadi kerana ketika menandatangani kontrak, mereka tidak membaca dan memahami syarat serta terma tertentu yang terkandung dalam kontrak itu dengan jelas. Antaranya ialah keuntungan yang akan diagihkan kepada pelabur berdasarkan keuntungan yang diperoleh syarikat.

“Jika pada tempoh tertentu, syarikat tidak memperoleh keuntungan, maka ia turut memberi kesan kepada pelabur dan bukannya Elly melarikan wang pelabur seperti yang didakwa,” katanya.
- Apakes
"Biar Pihak Polis Siasat" - Man Kidal "Biar Pihak Polis Siasat" - Man Kidal Reviewed by Lina Slayer on 12:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.