Eyka Farhana Terkesan Dengan Pemergian Kakak




Sukar buat pelakon Eyka Farhana menerima hakikat bahawa satu-satu kakaknya iaitu Wan Anis Farhana yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) meninggal dunia pada 23 Ogos lalu.

Eyka ketika dihubungi berkata dia terkesan dengan pemergian Allahyarham kerana dia bukan sahaja menganggap Anis sebagai kakak tetapi teman baiknya.

"Memang sukar saya terima hakikat ini tetapi saya sekeluarga reda kerana inilah jalan yang tenang buat kakak, syurga tempat kakak.

"Allah meminjamkan kakak selama 24 tahun kepada kami dan kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami semua walaupun dia seorang OKU.

"Kakak banyak mengajar saya untuk menghargai kehidupan terutamanya keluarga dan saya sebenarnya bukan sahaja kehilangan kakak tetapi seorang teman baik," katanya.

Anis yang meninggal dunia di kediaman keluarga di ibu negara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.40 malam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru dekat sini.

Bercakap lanjut mengenai kakaknya, Eyka berkata, kesihatan arwah mula merosot sejak beberapa bulan lalu dan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tenang.

"Sehari sebelum kakak meninggal saya sempat meluang masa bersamanya, dapat peluk cium kakak dan tengok kakak tenung semua orang.

"Pada hari dia meninggal saya berada di set penggambaran dan dia di serang sawan dan memang hendak membawanya ke hospital.

"Tetapi ketika itu kami sedar dia sudah hendak 'pergi' sebelum meninggal dunia dengan tenang di rumah," katanya.

Sementara itu, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka bercakap dengannya.

Mengimbau kenangan bersama kakaknya, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka berkomunikasi dengannya.

Kata Eyka, dia akan merindukan saat arwah mengejutkan setiap pagi selain setia menunggunya pulang daripada set penggambaran.

"Kalau saya balik lambat dari kerja kakak mesti tunggu saya pulang dan dialah orang yang akan mengejutkan saya bangun pagi.

"Tetapi sekarang... Kakak walaupun dia OKU tetapi dia faham apa yang dikatakan kepadanya selain mampu mengesot walaupun tidak boleh berjalan.

"Keletahnya sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan sekarang terasa seperti kosong tanpanya," ujarnya. - Apakes

Eyka Farhana Terkesan Dengan Pemergian Kakak Eyka Farhana Terkesan Dengan Pemergian Kakak Reviewed by Lina Slayer on 13:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.