Hanez Suraya Keluarkan Tudung Jenama Sendiri

 


Sejak berhijab, pelakon Hanez Suraya nampak lebih jelita dan ayu. Apatah lagi dengan gaya fesyen hijab tersendiri yang dikenakan olehnya. Memang cantik sangat.

Selepas tiga tahun bertudung barulah Hanez terlintas untuk serius dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini, Hanez memberitahu bahawa dia sudah pun bersara dalam bidang lakonan sebagai menghormati permintaan suaminya.

Jenama hijabnya, Everyday KL, sudah pun diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Hanez, walaupun ramai artis yang menjual tudung, namun dia berniaga bukan kerana mengikut aliran semasa.

“Untuk pengetahuan, saya berniaga tudung bukan kerana mengikut aliran semasa. Ikutkan, tak pernah terlintas pun di hati saya nak jual tudung.

Namun akhirnya ia menjadi kenyataan dan alhamdulillah, sambutan diberikan amat menggalakkan.

“Saya juga percaya, tudung sudah menjadi keperluan dan persaingan di kalangan mereka yang menjual produk terbabit juga bukan masalah besar.

Pengguna memerlukan pelbagai pilihan dalam mendapatkan produk pilihan mereka,” katanya.

Kata Hanez lagi, suaminya amat menyokong karier terbarunya sebagai ahli perniagaan. - Apakes
Hanez Suraya Keluarkan Tudung Jenama Sendiri Hanez Suraya Keluarkan Tudung Jenama Sendiri Reviewed by Lina Slayer on 12:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.