Mati Akibat Tercekik Roti




Pelajar lelaki warga Nigeria meninggal dunia selepas menyertai pertandingan makan roti di sebuah hotel di Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa dikenali Borokinni, 32, datang ke hotel itu jam 6.30 petang semalam untuk menyertai pertandingan bersama dua rakan.

Katanya, mereka bertiga menginap di hotel berkenaan sebelum pertandingan dijalankan pada jam 1.30 pagi, hari ini.

"Sebaik selesai aktiviti, Borokinni dikatakan tidak selesa dan beredar ke belakang dewan. Dia kemudian muntah dan tidak sedarkan diri menyebabkan dibawa ke Hospital Port Dickson," katanya.

Zainudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan dan punca kematian disebabkan oleh Asphyxia Secondary To Choking atau tercekik. - Apakes
Mati Akibat Tercekik Roti Mati Akibat Tercekik Roti Reviewed by Lina Slayer on 17:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.