Maut Kereta Terjunam Ke Laut




KOTA KINABALU - Seorang lelaki lemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam laut dengan kedalaman kira-kira tiga meter di Jalan Tanjung Lipat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Kelvin Chong Chew, 30-an, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terperangkap dalam kereta jenis Toyota Camry dipandunya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada jam 6.19 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan, sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta putih berkeadaan terjunam ke dalam laut.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki terperangkap dalam kereta dan kami mengeluarkan mangsa dengan segera untuk memberikan bantuan kecemasan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya. - Apakes
Maut Kereta Terjunam Ke Laut Maut Kereta Terjunam Ke Laut Reviewed by Lina Slayer on 13:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.