Pemandu Jengkaut Maut Tertimbus, Jentera Terbalik




KAJANG - Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera digunakannya untuk membersihkan tapak pembinaan rumah di Wira Heights, Sungai Long di sini, terbalik akibat tanah runtuh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Abdul Halim, 37, berasal dari Bangladesh, tertimbus bersama sebahagian jengkaut yang tergelincir dari tebing setinggi kira-kira 21 meter yang runtuh.

Bomba yang menerima laporan kejadian itu pada jam 5.19 petang, menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, diketuai Pegawai Bomba Kanan II Md Salleh Bahran untuk kerja menyelamat.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus bersama jengkaut dalam kejadian tanah runtuh di Wira Heights, Sungai Long di sini, petang tadi. - Pix ihsan Bomba

Lokasi kejadian mangsa yang tertimbus bersama jengkaut dalam kejadian tanah runtuh di Wira Heights, Sungai Long di sini, petang tadi. - Pix ihsan Bomba
Jurucakap Bomba Selangor, memberitahu anggota bomba mengambil masa kira-kira 35 minit untuk menggali kawasan runtuhan dalam usaha mengeluarkan mangsa.

"Selepas 35 minit, mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan, namun pasukan perubatan yang turut berada lokasi mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

"Mayat diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6.35 petang," katanya.
Pemandu Jengkaut Maut Tertimbus, Jentera Terbalik Pemandu Jengkaut Maut Tertimbus, Jentera Terbalik Reviewed by Lina Slayer on 13:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.