Pengawal Keselamatan Didakwa Merogol




KUALA PILAH - Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana merogol seorang wanita antara Mei hingga Julai lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Adam Hussin, 38, selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ala'uddin Baharom.

Dia dakwa merogol seorang wanita berusia 32 tahun di tiga hotel berbeza sekitar Tampin, antara jam 11.30 pagi sehingga 4 petang pada 27 Mei sehingga 18 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 September ini di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. - Apakes
Pengawal Keselamatan Didakwa Merogol Pengawal Keselamatan Didakwa Merogol Reviewed by Lina Slayer on 16:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.