Polis Cedera Dirempuh Samseng




KUCHING - Seorang pegawai polis cedera dirempuh motosikal dalam sekatan jalan raya di bulatan Kampung Gersik, Petra Jaya, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan Asisten Superintendan Mohd Fauzi Mohammat, 39, cedera di kaki manakala kepalanya terhentak di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Pegawai terbabit menerima rawatan di HUS dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Abang Ahmad berkata, pihaknya giat mengesan penunggang motosikal terbabit yang melarikan diri dalam kejadian itu. - Apakes
Polis Cedera Dirempuh Samseng Polis Cedera Dirempuh Samseng Reviewed by Lina Slayer on 18:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.