Prosiding Bankrap Shaheizy Diteruskan




MakhamahTinggi Shah Alam hari ini menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon, Shaheizy Sam.

Peguam hasil, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar.

"Mahkamah mengarahkan pihak LHDN supaya untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

"Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes

ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai hadir prosiding kes, hari ini.

Beliau berkata pada prosiding hari ini, Shaheizy diwakili peguam Syafinah Taib.

LHDN sebelum ini berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim dipetik sebagai berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mengakui tidak tahu menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Dakwanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini mengenai isu berkenaan. - Apakes
Prosiding Bankrap Shaheizy Diteruskan Prosiding Bankrap Shaheizy Diteruskan Reviewed by Lina Slayer on 16:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.