Sejam Terperangkap Dalam Kereta




Kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat di Taman Setia Indah di Johor Bahru, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.09 pagi.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap dalam kereta milik ibunya.

Menurutnya, lima anggota Bomba menjalankan operasi menyelamatkan kanak-kanak itu dan mereka turut dibantu seorang pakar kunci.

"Siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak berkenaan berusia 30-an meninggalkannya di kereta yang tidak dimatikan enjin sementara berurusan di klinik.

"Selepas berurusan di klinik wanita berkenaan pulang ke kereta dan panik apabila mendapati pintu kenderaan berkenaan berkunci," katanya.

Mohamad Anuar berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan pada 10.50 pagi.

"Ketika diselamatkan kanak-kanak itu didapati dalam keadaan baik dan sedang menonton kartun di telefon bimbit ibunya," katanya. - Apakes
Sejam Terperangkap Dalam Kereta Sejam Terperangkap Dalam Kereta Reviewed by Lina Slayer on 19:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.