Shaheizy Sam Diberi Enam Bulan Selesai Cukai Tertunggak




Sebelum ini heboh cerita Shaheizy Sam menerima notis bankrap dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan sehingga kini kes terbabit masih dalam proses untuk diselesaikan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata, Sam diberi tempoh selama enam bulan untuk menyelesaikannya.

“Semalam (kelmarin) mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan. Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak. Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,” jelasnya.

Dengan itu Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Sam.

Terdahulu Sam ketika ditemui terkejut apabila berita bankrap yang disiarkan di akhbar tempatan tersebar. Malah jelasnya perkara ini tidak pula dimaklumkan kepadanya pada awalnya.

Sebelum ini Sam dikenakan notis muflis dengan mempunyai cukai pendapatan tertunggak sebanyak RM300,000. Menurut LHDN, Sam harus bertindak segera bagi mengeluarkan namanya dari senarai bankrap sebelum ini. - Apakes
Shaheizy Sam Diberi Enam Bulan Selesai Cukai Tertunggak Shaheizy Sam Diberi Enam Bulan Selesai Cukai Tertunggak Reviewed by Lina Slayer on 13:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.