"Syukur Ibu Selamat" - Ali Puteh




Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, ibunya Sabariah Arshad dimasukkan ke hospital sejak lapan hari lalu untuk menjalani pembedahan kerana penyakit kencing manis.

“Saya bersyukur kerana ibu selamat menjalani pembedahan dan semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan ibu juga semakin sihat.

“Kalau tidak ada apa-apa masalah lain, InshaAllah, sebelum Aidiladha ini ibu dah boleh pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya nak beraya dengan ibu,” katanya kepada Astro Gempak.

Ali ditemui ketika majlis sidang media Super Spontan Superstar 2017, di The Garage KL, pada petang Isnin.

Tambah Ali lagi, sebagai anak sudah tentu dia sentiasa mahukan yang terbaik buat ibu tercinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi ratu hatinya itu.

“Sepanjang ibu berada di hospital, saya menemani dia. Saya tidak kisah tidur di hospital asalkan dapat lihat ibu sihat.

“Saya bersyukur kerana isteri sanggup menemani saya bermalam di hospital walaupun dia sedang sarat mengandung anak sulung kami.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan ibu,” katanya terharu.

Ali bagaimanapun, memohon untuk meninggalkan majlis sidang media lebih awal kerana mahu kembali ke hospital menemani ibunya.

Ali bakal muncul sebagai hos Super Spontan 9.30 bermula Jumaat, 8 September ini, pukul 9.30 malam. - Apakes

"Syukur Ibu Selamat" - Ali Puteh "Syukur Ibu Selamat" - Ali Puteh Reviewed by Lina Slayer on 14:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.