"Tidak Gemar Pertandingan Kerana Memberikan Tekanan"




Penyanyi dan pelakon Amy Mastura akui memberanikan diri menyertai program Super Spontan Superstar 2017 walaupun kuat melatah.

“Sebenarnya dah beberapa kali ditawarkan untuk menyertai pertandingan ini namun saya tolak kerana rasa tidak yakin.

“Saya juga tidak berapa gemarkan pertandingan kerana ia akan memberikan tekanan dan perkara itu membuatkan saya cepat gementar.

 “Jadi pada tahun ini atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan, saya beranikan diri untuk mencuba program ini.

“Mengenai melatah, saya tidak berani nak janjikan apa-apa sebab perkara itu memang tidak boleh dikawal.

“Kalaulah melatah itu boleh dikawal memang saya tak melatah langsunglah. Nak buat macam mana, saya redha sahaja,” katanya.
 
Amy ditemui selepas sidang media program Super Spontan Superstar 2017 yang berlangsung di The Garage Kuala Lumpur petang semalam.

Amy telah menyertai kumpulan King Musang yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu (ketua kumpulan), Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry dan Zulin Aziz.

Manakala kumpulan Tenggiling Taiko yang diketuai oleh Achey Bochey dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Daniel, Sharifah Shahira dan Ozlynn. - Apakes
"Tidak Gemar Pertandingan Kerana Memberikan Tekanan" "Tidak Gemar Pertandingan Kerana Memberikan Tekanan" Reviewed by Lina Slayer on 14:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.