Tiga Anak Muda Ini Nekad Buka Agensi Perlancongan Di Eropah




Rezeki ada di mana sahaja untuk orang yang rajin berusaha. Itulah kata-kata yang dipegang oleh tiga anak muda dari Malaysia ini.
.
.
Faidz, Salawadi dan Zainal yang sanggup merantau beribu batu di bumi Eropah dengan menawarkan khidmat "Supir" ataupun pakej pelancongan untuk para pelancong dari Malaysia yang ingin bercuti di sekitar negara-negara Eropah.
.
.
Bermula secara "part time" ketika menetap di UK untuk meneman isteri yang sedang sambung belajar 4 tahun lepas, dan selepas itu oleh kerana permintaan yang banyak dari pelancong Malaysia, kini ianya menjadi satu kerjaya buat mereka mencari rezeki di sini.
.
.
"Banyak cabaran yang kami hadapi untuk bekerja sebagai tour operator ni, pengorbanan yang paling besar adalah kami terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air dan selalunya untuk tempoh yang agak lama kalau trip bersambung-sambung" - kata Faidz dari Kedah yang beliau sendiri kehilangan Arwah bapanya ketika sedang membawa trip di Eropah.
.
.
Selain menjadi supir, mereka juga merangkap sebagai pemandu pelancong membawa para pelancong untuk melawat ke destinasi menarik di sekitar Eropah.
.
.
Mohd Salawadi, anak jati Terengganu pula berkata:
.
.
"Alhamdullilah, sehingga hari ini masih banyak lagi permintaan untuk pakej-pakej melancong di Eropah. Pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang dari Brunei, Singapura dan Indonesia kerana kami cuba memberikan pakej Muslim yang terbaik untuk para pelanggan kami"
.
.
Disebabkan permintaan yang tak putus-putus, mereka nekad untuk membuka syarikat perlancongan mereka sendiri yang kini berdaftar dan berpusat di London.
.
.
Untuk kesenangan para pelanggan di tanah air pula, mereka juga mempunyai pejabat pengurusan di Bandar Baru Sentul yang juga berdaftar dan mempunyai lesen dari Kementerian Perlancongan.
.
.
"Mula-mula dulu kami buat secara freelance, tapi agak susah nak meyakinkan pelanggan, mungkin sebab kami tak ada syarikat sendiri dan makin banyak pula kes-kes menipu pakej perlancongan ni. Kemudian ada pula beberapa travel agent dari Malaysia yang mula mengecam kami kerana menawarkan pakej yang murah. Mungkin mereka merasakan kami saingan mereka.
.
.
Selepas pada itu, kami nekad dan mula berusaha membuka syarikat sendiri dan Alhamdullilah segalanya sudah berdaftar walaupun bermacam-macam halangan yang kami hadapi. Tambah pula dengan modal yang agak besar diperlukan untuk mendaftar syarikat di London ini" ujar Zainal dari Negeri Sembilan yang juga memiliki visa pemandu pelancong di New Zealand.
.
.
"Tujuan kami mendaftarkan syarikat di London ini juga adalah untuk menawarkan pakej-pakej pelancongan Muslim di Eropah kepada para travel agent di Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh anak Melayu kita di sini kerana kami lihat masih banyak travel agent di Malaysia yang menggunakan tour operator mat salih di sini untuk pakej-pakej mereka". kata Faidz atau nama sebenarnya Faidz Ashrofie Bin Hanafi yang sudah masak dengan selok belok jalan di negara-negara Eropah.
.
.
"Alhamdullillah, sehingga kini sudah ada beberapa travel agent dari Malaysia yang bekerjasama dengan kami untuk memberikan pakej-pakej melancong yang terbaik untuk pelanggan mereka" Katanya lagi.
.
.
Mereka menawarkan pakej-pakej murah dan mampu untuk para pelancong Muslim yang ingin melancong di Eropah secara Private Tour, Group Tour mahupun pakej bajet ala backpackers.
.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej atau perkhidmatan yang mereka tawarkan, boleh layari Facebook page mereka iaitu "Pakej Percutian Murah Eropah​" atau terus menghubungi +60196642050 (Faidz) untuk maklumat lanjut.
.
.
Usaha tiga anak muda Melayu ini harus diberi pujian dan sokongan agar mereka dapat terus memartabatkan budaya pelancong Malaysia di mata dunia.
















Tiga Anak Muda Ini Nekad Buka Agensi Perlancongan Di Eropah Tiga Anak Muda Ini Nekad Buka Agensi Perlancongan Di Eropah Reviewed by Lina Slayer on 02:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.