2 Kanak-Kanak Nyaris Maut Rumah Terbakar




LANGKAWI - Tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki daripada rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Gelam, Mukim Kedawang, di sini hari ini.

Difahamkan, beberapa jiran pantas memecahkan kaca dan jeriji besi pada tingkap rumah sedang terbakar itu, sebelum menarik kanak-kanak berusia enam dan 12 tahun berkenaan keluar menerusi tingkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azri Mad Saad ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya menghantar 15 anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan kira-kira jam 8.40 pagi.

"Ketika pasukan operasi tiba, dimaklumkan dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Langkawi menggunakan kereta penduduk," katanya.

Katanya, anggaran kemusnahan rumah berkenaan adalah sebanyak 70 peratus selepas api berjaya dikawal pada jam 8.58 pagi.

"Punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Apakes

2 Kanak-Kanak Nyaris Maut Rumah Terbakar 2 Kanak-Kanak Nyaris Maut Rumah Terbakar Reviewed by Lina Slayer on 16:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.