4 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang




GUA MUSANG - Seramai 12 penduduk daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah musnah terbakar di Kampung Baru, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.40 pagi ketika penghuni sedang mengemas apabila menyedari asap tebal dari salah sebuah rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.19 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggotanya dihantar ke lokasi kejadian dan tiba ketika api sedang marak.

"Api marak begitu cepat menyebabkan dua rumah gagal diselamatkan. Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke puluhan rumah lain berhampiran.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan," katanya. - Apakes

4 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang 4 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Reviewed by Lina Slayer on 15:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.