Aiman Kena Tangkap Khalwat?




Terkejut juga mendengar berita penyanyi terkenal, Aiman Tino yang didakwa ditangkap khalwat, sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Pun begitu empunya badan menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkan ianya fitnah selain memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan berita itu.

“Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga.

Sebelum ini, ada individu mendakwa saya meninggal dunia. Sekarang, ada pula yang sanggup reka cerita saya berkhalwat”

“Rakan turut terkejut membaca berita itu malah ada peminat turut bertanya mengenainya. Saya tiada masa untuk melakukan perkara bukan-bukan dan kalau keluar pun ditemani keluarga,” jelasnya.

Biarpun berita ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Aiman sebagai penyanyi yang baru meningkat naik, namun beliau enggan terlalu melatah kerana ianya sama sekali tidak benar.

Malah jelasnya, beliau juga terkejut dengan berita yang tersebar kerana pada ketika itu beliau bersama rakan-rakannya.

Sebelum ini, berita Aiman kononnya ditangkap khalwat tersebar dengan meluasnya, difahamkan dari ruangan pojok hiburan sebuah blog tempatan.

Cerita berkenaan menyebut seorang remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31. Daripada bayangan yang diberikan, ianya dipercayai Aiman. - Apakes

Aiman Kena Tangkap Khalwat? Aiman Kena Tangkap Khalwat? Reviewed by Lina Slayer on 01:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.