"Akhirnya Neelofa Jodoh Saya" - Ahli Perniagaan




Seorang ahli perniagaan iaitu Izdihar Rosland, terkejut apabila dia terbayang wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam ketika menunaikan ibadah Umrah di Makkah.

Izdihar, 31, berkata kejadian tersebut berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.

"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.

"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul," kata Izdihar.

Izdihar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, ditemui ketika majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N' Glow yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan Neelofa dan kini menjadi realiti.

Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.

"Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

"Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.

"Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya," ujarnya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pula, berkata dia menerima tawaran sebagai duta produk tersebut bukan kerana kisah yang diceritakan Izdihar.

"Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.

"Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.

"Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya," kata Neelofa.

Produk Chew N' Glow diasimilasi dari ekstrak buah-buahan dan diklasifikasikan sebagai makanan dan ia selamat untuk dimakan oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil juga yang menyusukan anak dan lelaki.

Produk ini mampu membantu mempercepat proses penyembuhan luka di kulit, memberikan sinar pada raut wajah, dan ia juga rawatan alternatif untuk pesakit Eczema dan sangat sesuai pada mereka yang alahan kepada makanan laut.

Dengan hanya berharga RM90 untuk 30 biji, anda boleh membuat pembelian secara talian di laman Instagram Chewnglow.hq atau agen-agen terpilih. - Apakes

"Akhirnya Neelofa Jodoh Saya" - Ahli Perniagaan "Akhirnya Neelofa Jodoh Saya" - Ahli Perniagaan Reviewed by Lina Slayer on 13:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.