Amyramar Dikecam Kerana Buka Akaun Instagram Untuk Anak Yang Belum Lahir?




Mencipta akaun Instagram untuk anak di kalangan selebriti bukanlah perkara pelik tetapi apa yang lebih hebat lagi pasangan yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah membuka akaun Instagram untuk anaknya yang masih dalam perut.

Mengikut kepada penyiasatan sendiri, pasangan itu mencipta akaun Instagram untuk anaknya yang dinamakan Amyramarjr.




Bagaimanapun akaun terbabit diletakkan dalam mod peribadi dan sudah mempunyai 20 gambar- tidak pasti pula gambar apa yang dimuat naik kerana akaun dibuat dalam mod peribadi.

Bayi lelaki yang bakal lahir pada Oktober itu nanti nampaknya sudah mempunyai 15,000 pengikut di Instagram, pasti semua peminat Amyra dan Amar tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi itu bukan.

Namun seperti biasalah pasti ada yang tidak senang dengan perkara tersebut, mana mungkin bayi yang belum lahir sudah ada Instagram kan.

Manakala di laman Twitter pula, ramai menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pasangan itu kerana melihat tiada keperluan mencipta akaun seperti itu sebelum bayi lahir.




Malah ada juga yang agak kasar memberikan pendapat jika sesuatu terjadi kepada kandungan itu. Mungkin kerana peminat sayang dan mengambil berat tentang pasangan ini. - Apakes
Amyramar Dikecam Kerana Buka Akaun Instagram Untuk Anak Yang Belum Lahir? Amyramar Dikecam Kerana Buka Akaun Instagram Untuk Anak Yang Belum Lahir? Reviewed by Lina Slayer on 14:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.