Anak Maut, Ibu Parah Motosikal Dirempuh




CHUKAI - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut, manakala ibunya kritikal selepas motosikal dinaiki dirempuh pacuan empat roda di Jalan Padang di sini, pagi tadi.

Puteri Nur Arrissa Syuhada Tengku Rosli, yang cedera di kepala, meninggal dunia di lokasi, manakala Asnizawati Saad, 28, cedera di kepala, badan serta kaki, dan dirawat di Hospital Kemaman.

Kemalangan jam 8.30 pagi itu apabila motosikal MODENAS Kriss ditunggang Asnizawati, membelok ke kanan, lalu dirempuh NISSAN Navara yang datang dari arah Jalan Padang menuju ke Kampung Besut.

Akibat rempuhan itu, dua beranak yang berasal dari FELDA Neram 2, Bandar Baru Cheneh, di sini, tercampak ke atas jalan.

Lelaki yang memandu NISSAN Navara berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian. - Apakes
Anak Maut, Ibu Parah Motosikal Dirempuh Anak Maut, Ibu Parah Motosikal Dirempuh Reviewed by Lina Slayer on 18:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.