"Apa Yang Saya Lakukan Ini Sangat Kecil"




Sebagai anak memang tidak termampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa tetapi selagi boleh membahagiakan mereka apa salahnya bukan.

Begitulah dengan Elly Mazlein yang merancang untuk menghadiahkan bapanya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz. Menurut Elly, kereta tersebut akan diberikan selepas bapanya pulang dari Mekah nanti.

“Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki.

“Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.

Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Elly turut bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah selepas mendirikan rumah tangga, apa lagi apabila dikurniakan cahaya mata pertama.

Biarpun tidak begitu bertuah dalam hubungan perkahwinan, namun Elly tidak berputus asa dan berkongsi rezeki dengan bapa tersayang yang selama ini menyokong.

Apapun semoga bapa Elly selamat pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini. Pasti Elly tidak sabar menantikan kepulangan bapa tersayang dan memberikan hadiah istimewa itu. - Apakes

"Apa Yang Saya Lakukan Ini Sangat Kecil" "Apa Yang Saya Lakukan Ini Sangat Kecil" Reviewed by Lina Slayer on 13:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.