Ayu Puteh Kerugian Hampir RM50,000




Pemilik Syarikat Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM50,000 pada malam Sabtu lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 39, berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia berada di Merdeka Rides Festival 2017 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

"Saya reda dengan kerugian hampir RM50,000. Penjenayah tersebut mengambil tiga jam tangan saya yang berharga lebih RM40,000.

"Manakala duit saya semua habis dikebvasnya. Nasib baik hanya ada kurang daripada seribu. Lain-lain barang seperti minyak wangi dan tas tangan berjenama.

"Kejadian ini berlaku ketika saya berada di Merdeka Rides Festival yang berlangsung di Putrajaya," kata Ayu.

Kereta ayu dipecah masuk dengan menggunakan mesin memotong cermin.

Ayu memuat naik foto keretanya yang dipecah masuk di laman Facebook dan mendapat perhatian ramai.

Kata Ayu, dia berada di festival tersebut sejak Jumaat lalu untuk menjual produk pewangi barang motosikal terbarunya iaitu C2G Fragrant Spray.
 
Dalam pada itu, Menurut ibu kepada penyanyi Wanna Ali ini, insiden tersebut merupakan kali kedua berlaku pada dirinya.

Ayu tidak menyangka akan menimpa nasib yang sama selepas tiga bulan yang lalu keretanya dipecah dan mengalami kerugian sebanyak RM20,000.

"Sebenarnya ini kali kedua kereta saya dipecah masuk penjenayah. Kali pertama di Bandar Sri Damansara pada tiga bulan lalu.

"Ketika itu, saya kerugian RM20,000. Memang dah serik tapi tak sangka pula sekali lagi saya timpa nasib yang sama," ujarnya.

Ayu berkahwin dengan penyanyi baharu Aiman Ismail, 27, pada 7 Januari lalu di Masjid Al Mukharramah, Bandar Sri Damansara. - Apakes

Ayu Puteh Kerugian Hampir RM50,000 Ayu Puteh Kerugian Hampir RM50,000 Reviewed by Lina Slayer on 14:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.