Bayi Disumbat Dalam Tangki Tandas




KANGAR - Mayat bayi perempuan ditemui disumbat dalam tangki tandas sebuah stesen minyak di Jalan Kaki Bukit, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintedan Wari Kiew, berkata bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui pekerja stesen minyak berkenaan sekitar jam 6.40 pagi.

"Berdasarkan keadaan bayi berkenaan, kita percaya dia baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

"Polis sedang melakukan siasatan lanjut termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit untuk mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai menghampiri kawasan tandas di stesen itu pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Kiew berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu mematikan bayi yang baru dilahirkan.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak yang enggan dikenali, berkata kejadian itu disedari selepas terdengar deruan air yang kuat di tandas lelaki.

Pada mulanya, beliau berkata, berlaku kerosakan pada paip tandas tetapi selepas memeriksa, ada bayi yang terendam dalam tangki berkenaan.

"Berdasarkan rakaman CCTV terdapat seorang wanita yang berjalan menuju ke tandas berkenaan awal pagi tadi.

"Mungkin dia menggunakan tandas berkenaan kerana hanya tandas lelaki saja yang dibuka, manakala tandas perempuan ditutup pada waktu malam hingga pagi untuk tujuan keselamatan," katanya.
 - Apakes
Bayi Disumbat Dalam Tangki Tandas Bayi Disumbat Dalam Tangki Tandas Reviewed by Lina Slayer on 02:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.