Berdebar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Sulung




Kurang dua bulan dari sekarang, pelakon jelita Amyra Rosli bakal melalui fasa baru dalam hidupnya apabila bakal melahirkan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan pelakon Amar Baharin.

Amyra yang terkenal menerusi drama bersiri Isteri Tuan Ihsan itu berkata, usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka bersalin hujung Oktober ini.

Setiap hari dia berdebar dan teruja menanti detik paling membahagiakan bagi seorang wanita apabila bakal bergelar ibu.

“Peringkat awal kehamilan pastinya cabaran paling besar buat pasangan suami isteri.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa mengambil berat dan memastikan kandungan ini berada dalam keadaan sihat.

“Memang saya berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulung tatkala tarikh bersalin semakin hampir. Melihat keadaaan perut yang semakin besar dan pergerakan bayi dalam kandungan semakin kuat membuatkan saya tidak sabar melihat anugerah paling berharga ini.

“Ia adalah satu anugerah yang tidak terhingga dan pelengkap kepada kehidupan kami,” katanya.

Biarpun tidak sabar menanti kelahiran anak pertama, sehingga kini pasangan itu belum mengumumkan jantina bayi dalam kandungan.

Menurut Amyra, sebenarnya dia dan suami sudah mengetahui jantina anak namun belum bersedia mengumumkannya.

“Insya-Allah saya akan mengumumkan jantina anak pada majlis ‘baby shower’ yang bakal diadakan pada 9 September ini.

“Ini kerana sebelum majlis terbabit saya akan melakukan pemeriksaan terakhir dengan doktor bagi mengetahui jantina sebenar anak,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan menyambut kelahiran anak sulungnya, Amyra berkata, Amar antara yang paling sibuk dan teruja menyediakan persiapan bayi itu.

“Kalau diikutkan, segala kelengkapan barangan bayi yang lain semuanya sudah dibeli dan kini saya cuma menghitung hari untuk bersalin.

“Sebenarnya segala barangan Amar sudah sediakan senarainya. Jadi, saya tidak perlu risau kerana dia yang paling teruja setiap kali kami mengunjungi kedai barangan bayi,” katanya.
- Apakes
Berdebar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Sulung Berdebar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Sulung Reviewed by Lina Slayer on 02:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.