Berzikir Tanpa Henti Sehingga Hembus Nafas Terakhir





Selepas 10 hari menikahi wanita mualaf, penghidap kanser usus dan hati tahap empat, Alfian Rizal, 34, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh, Melaka, kira-kira 5 petang, hari ini.

Allahyarham Alfian menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, ibu Aisah Selamat, 57, dan bapanya Rizal Abdullah, 61.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman ibunya, di Parit Yani Tengah, Batu Pahat, Johor 9.30 malam tadi untuk dikebumikan.

Lebih 50 sahabat Allahyarham, jiran, keluarga serta kenalan ibu dan ayahnya hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Rizal berkata, Allahyarham pernah berpesan supaya jenazahnya dikebumikan di kampung dan mahu diuruskan oleh pakciknya, Sulaiman Jantan, 55, jika dia meninggal dunia.

"Arwah rapat dengan pakciknya, dan memang dia pesan awal-awal jika apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, dia mahu dikebumi di sana dan diuruskan Cikman (Sulaiman).

"Kami akur dengan pesanan terakhir dia untuk dikebumikan di sana. Alhamdulillah dia (arwah) pergi dengan tenang, malah tidak berhenti berzikir sejak pagi tadi," katanya.

Beliau dan isteri menerima ketentuan Allah SWT dan bersyukur apabila impian Alfian untuk menikahi Andrea dimakbul Allah. - Apakes
Berzikir Tanpa Henti Sehingga Hembus Nafas Terakhir Berzikir Tanpa Henti Sehingga Hembus Nafas Terakhir Reviewed by Lina Slayer on 01:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.