Bimbang Tabiat Melatah Tidak Dapat Dibendung




Amy Mastura bimbang tabiat melatah yang dialaminya tidak dapat dibendung apabila tampil dalam program Super Spontan Superstar 2017 bermula 8 September ini.

Amy, 46, berkata, dia akan cuba mengawal keadaannya itu walaupun ia sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku memandangkan rancangan itu bersiaran secara langsung.

"Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah ketika sedang bertanding.

"Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran!

"Sebenarnya melatah ini di luar kawalan jadi saya tak berani nak janji cuma harap ia dapat dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak kisah sekiranya lebih dikenali sebagai pelawak selepas menyertai program itu.

Malah kata pelakon filem Puteri Impian ini, dia sentiasa terbuka untuk mencuba perkara baharu dalam kariernya.

"Sebenarnya saya bukanlah lawak sangat pun tetapi kalau orang nak kata saya seorang pelawak, saya terima.

"Maklumlah nak jadi penghibur versatil, saya kena cuba semua bidang termasuk lakonan, nyanyian, pengacaraan termasuklah sebagai pelawak," katanya.

Sementara itu, Amy memberitahu sokongan daripada teman rapat membuatkan dia memberanikan diri menyertai program tersebut.

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima sedangkan sebelum ini saya pernah tolak kerana tiada keyakinan.

"Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya," jelasnya. - Apakes
Bimbang Tabiat Melatah Tidak Dapat Dibendung Bimbang Tabiat Melatah Tidak Dapat Dibendung Reviewed by Lina Slayer on 20:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.