Bomoh Cabul Tiga Pelajar




BINTULU - Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik, antara awal bulan ini hingga semalam.

Suspek yang juga bomoh berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan 5 berusia 17 tahun memberitahu perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, di sini.

Sebelum itu, bomoh berkenaan mendakwa semua mangsa menghadapi masalah peribadi dan memerlukan rawatannya.

"Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

"Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis," katanya.

Beliau berkata, selepas ditahan, polis menghantar lelaki berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila mukanya lebam selepas ditumbuk.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak," katanya. - Apakes
Bomoh Cabul Tiga Pelajar Bomoh Cabul Tiga Pelajar Reviewed by Lina Slayer on 21:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.