Bumbung Masjid Beralih, Siling Jatuh




Kira-kira 50 jemaah Subuh lari meninggalkan ruang solat apabila siling Masjid Bandar Springhill, Port Dickson, runtuh secara tiba-tiba, pagi ini.

Setiausaha masjid, Abdullah Tamam, 63, berkata jemaah dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sebelum sebahagian siling masjid berkenaan jatuh, pada 6.10 pagi.

Menurutnya, semua jemaah lari keluar dari masjid kerana bimbang keselamatan dan keadaan semakin bahaya.

"Apabila keluar, kami melihat bumbung masjid turut beralih. Tapi, saya bersyukr tiada yang kena hempap dengan siling itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd Rahim Atan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.53 pagi.

Menurutnya, bomba mendapati struktur siling runtuh di dalam masjid dan anggota membuat pemantauan awal di lokasi.

"Tidak ada kemalangan jiwa berlaku tetapi masjid tidak boleh beroperasi buat masa ini sehingga siasatan lanjut dilakukan pihak berkaitan," katanya. - Apakes
Bumbung Masjid Beralih, Siling Jatuh Bumbung Masjid Beralih, Siling Jatuh Reviewed by Lina Slayer on 20:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.