"Comel, Tapi Tudung Singkat"




Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis Festival Filem Malaysia ke 29 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara yang menarik perhatian ramai adalah pelakon cilik, Mia Sara yang kini sudah meningkat remaja dan cantik. Bagaimanapun disebalik pujian, ada juga yang mempertikaikan tudung yang dipakainya.

Umum mengetahui bahawa pelakon cilik itu mengambil keputusan untuk bertudung seawal berusia 11 tahun lagi.

Pun begitu, kelibatnya semalam mengenakan busana berwarna merah mengikut potongan bentuk badan dikecam hebat peminat kerana didakwa memakai tudung singkat hingga menampakkan bonjolan. Memang hebat isu aurat kini dipersoalkan.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang masih tidak mempercayai pelakon itu kini sudah meningkat dewasa dan kelihatan begitu menawan.

Malah ada juga yang berfikiran positif dan berpendapat beliau masih dalam proses pembelajaran. Kalau dilihat sekali imbas pun tidaklah begitu ketara dakwaan seksi yang dikatakan, tajam betul mata rakyat Malaysia.

Tetapi seperti biasalah, selagi bergelar selebriti, tidak kiralah berapa pun usia mereka pasti tidak akan lari dengan kecaman dan kritikan negatif peminat.

Ada sahaja nampak kesalahan mereka. Diharap Mia terus kuat dan tabah membaca komen-komen peminat yang ‘terlalu sayangkan aurat’ Mia ya. - Apakes
"Comel, Tapi Tudung Singkat" "Comel, Tapi Tudung Singkat" Reviewed by Lina Slayer on 10:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.