Datuk Seri Vida Bongkak Dengan Kekayaan Hingga Lupa Tuhan?



Tidak dapat dinafikan bahawa strategi pemasaran jutawan kosmetik di Malaysia ini tidak pernah malap malah pasti ada saja perkara baru tentang mereka.

Baru-baru ini, Datuk Seri Vida pula menjadi mangsa kecaman gara-gara gambarnya berbaring di dalam bathtub bersama timbunan duit menjadi perhatian.

Gambar tersebut dikongsikan oleh Reen Imran yang terlibat dalam penggambaran video klip lagu Vida menjadi medan perdebatan di antara haters dan juga pengikut jutawan kosmetik tersebut.

Malah melalui komen yang sempat dimuatnaik, ada yang menyifatkan bahawa Vida terlalu bongkak dengan kekayaan yang dimiliki sehingga melupakan Tuhan. Main sedap cakap sangat komennya pun.

Seperti kebiasaan, perkara negatif begitu sememangnya tidak berjaya meraih perhatian Vida.

Malah ada juga yang menyatakan bahawa komen-komen negatif yang ditinggalkan tersebut datangnya
daripada mereka yang dengki dengan kekayaan dimiliki Vida. - Apakes



Datuk Seri Vida Bongkak Dengan Kekayaan Hingga Lupa Tuhan? Datuk Seri Vida Bongkak Dengan Kekayaan Hingga Lupa Tuhan? Reviewed by Lina Slayer on 03:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.