Datuk Vida Rancang Bawa Pelajar Tahfiz Tunai Umrah

 


Sebelum ini Datuk Vida pernah meluahkan rasa sedih dan terkilan berikutan kes kebakaran pusat tahfiz Ittifaqiyah yang mengorbankan 21 pelajar kerana beliau sendiri pernah merasai kepahitan tersebut.

Datuk Vida yang melawat waris keluarga pelajar terkorban baru-baru ini berkata, beliau pernah berada di tempat ibu bapa mangsa yang kehilangan anak akibat kebakaran.

“Saya faham apa yang dilalui keluarga, hingga kita rasakan mahu terduduk, terlentang dan tercabut separuh badan untuk menghadapi ujian selepas kehilangan anak tersayang,” katanya.

Kata Vida, kesemua 18 pelajar tersebut turut diambil senagai anak angkatnya dan akan dibawa menunaikan umrah sebelum 20 Oktober depan.

“Saya mahu anak ini mendoakan di depan kaabah supaya trauma mereka dapat dipulihkan serta melupakan pengalaman ngeri ini.

“Mereka juga akan diambil sebagai anak angkat saya bermula hari ini dan bebas datang ke rumah saya bila-bila masa,” katanya. - Apakes
Datuk Vida Rancang Bawa Pelajar Tahfiz Tunai Umrah Datuk Vida Rancang Bawa Pelajar Tahfiz Tunai Umrah Reviewed by Lina Slayer on 01:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.