"Disiplin Dan Kerja Keras Perkara Utama Untuk Berjaya" - Elfira Loy




Hasil dari keuntungan berniaga di bulan Ramadhan baru-baru ini, pelakon Elfira Loy berjaya memiliki kereta pertamanya, sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class A200. Boleh tahan juga’kan berniaga bulan puasa ya?

“Saya sudah lama memiliki lesen, cuma tidak mempunyai keyakinan untuk memandu bersendirian. Kebetulan, hasil jualan menerusi jenama Elfira Loy sepanjang Ramadan lalu begitu memberangsangkan”

“Jadi, ibu yang menjaga akaun perniagaan membantu menguruskan pembelian kereta idaman itu. Saya terkejut ketika mahu keluar bekerja, kenderaan itu sudah ada di depan rumah,” katanya.

Tahniah buat Elfira Loy kerana berjaya mengejar cita-cita sehingga menjadi kenyataan. Nampak mudah dan senang tapi pastinya disiplin dan juga kerja keras merupakan perkara utama yang menjadikan pelakon ini berjaya di usia muda. - Apakes

"Disiplin Dan Kerja Keras Perkara Utama Untuk Berjaya" - Elfira Loy "Disiplin Dan Kerja Keras Perkara Utama Untuk Berjaya" - Elfira Loy Reviewed by Lina Slayer on 03:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.