Doktor Maut Kena Serangan Jantung Ketika Sedang Memandu




PETALING JAYA - Seorang doktor maut dipercayai kena serangan jantung ketika sedang memandu menyebabkan keretanya terbabas melanggar besi pembahagi tengah jalan di Kilometer 23.8 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah ke Bukit Lanjan dari Jalan Duta, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang, M Nagulaysan, 47, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di ibu negara ke Kota Damansara, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik dari Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin, berkata mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta jenis BMW dipandunya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

"Ketika kemalangan, keadaan jalan di lokasi terbabit kering, trafik tidak sibuk dan cuaca baik.

"Siasatan awal mendapati mangsa ada mengadu rasa kurang sihat dengan pekerjanya dan memberitahu hendak pulang awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat Nagulaysan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya. - Apakes


Doktor Maut Kena Serangan Jantung Ketika Sedang Memandu Doktor Maut Kena Serangan Jantung Ketika Sedang Memandu Reviewed by Lina Slayer on 15:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.