Dua Beranak Direman Kes Sumbang Mahram




SIBU - Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan dua beranak berusia 53 dan 25 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga cucu dan anak saudara kedua-duanya.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Sofia S Sarawan selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dengan diiringi anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Kes itu terbongkar 2 September lalu apabila kanak-kanak itu memberitahu ibunya yang dia dirogol berulang kali sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata mangsa mendakwa kes berlaku beberapa kali sejak tahun lalu ketika mangsa tinggal bersama datuknya di rumah panjang itu, manakala ibunya menetap di Mukah.

Kira-kira jam 1 tengah hari semalam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Sibu menahan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat kerjanya di kilang papan di Durin.

"Kira-kira sejam kemudian, seorang lelaki berusia 53 tahun iaitu datuk mangsa pula ditahan di kediamannya di rumah panjang," katanya.

Dev berkata, semakan mendapati datuk mangsa mempunyai rekod jenayah seksual kerana merogol anak kandungnya pada 2008.

"Suspek dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman 12 tahun penjara dan lima sebatan," katanya. - Apakes
Dua Beranak Direman Kes Sumbang Mahram Dua Beranak Direman Kes Sumbang Mahram Reviewed by Lina Slayer on 14:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.