Fathia Latiff Dikecam Gara-Gara Pakai Tudung Nampak Rambut




KontroversiFathia Latiff menari seksi di siaran langsung Bigo Live dalam rangkaian milik pelakon Natasha Eyzza telah menyebabkan namanya menjadi sebutan Netizen untuk sepanjang minggu ini.

Walaupun pada mulanya Natasha menafikan wanita yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara itu Fathia, pelakon yang popular dengan drama Arianna Rose itu akhirnya tampil membuat pengakuan yang memang dia yang menari dalam siaran langsung itu.

Terbaru, Fathia telah memuat naik gambarnya dengan penyanyi Indonesia, Marcell, yang kini berada di Malaysia.

Dalam gambar itu, Fathia dilihat mengenakan selendang warna hitam tetapi tidak mengenakan anak tudung, menampakkan sebahagian rambut yang berwarna perang.

Walaupun menutup fungsi komen di gambar  yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu, pengguna Instagram masih berpeluang meninggalkan komen di gambar yang fungsi komennya tidak dimatikan.

Ada yang menyarankan sebuah syarikat kosmetik menamatkan kontrak Fathia untuk menjadi duta produknya.

Ada yang bertanya jika perniagaan tudung Fathia tidak sebegitu menguntungkan, yang menyebabkan dia menunjukkan ciri-ciri ingin berhenti memakai tudung.

Malah, ada yang menuduhnya munafik dan penunggang agama serta bermacam-macam komen pedih lain telah ditinggalkan

Beberapa hari lepas, Fathia pernah meluahkan rasa penatnya kerana asyik dimarahi kerana pelbagai isu di Twitter:


Fathia Latiff Dikecam Gara-Gara Pakai Tudung Nampak Rambut Fathia Latiff Dikecam Gara-Gara Pakai Tudung Nampak Rambut Reviewed by Lina Slayer on 12:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.