"Ibu Minta Saya Belajar Memasak Untuk Suami Nanti"


Image result for elfira loy
Bakal bergelar isteri kepada Sufian Suhaimi, Elfira Loy memberitahu dirinya sudah mulai berlatih membuat persiapan diri dan mengubah rutin harian bagi membiasakan diri menjadi seorang isteri. 
Malah, Elfira juga turut diminta ibunya untuk belajar memasak serta melakukan kerja rumah lain.
"Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak. 
Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak. 
Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap".
"Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak. Sufian lelaki yang matang dan serius dalam perhubungan. 
Bila dia kata nak kenal dengan saya itu dia benar-benar serius sehingga berani melangkah ke fasa merisik. 
Saya sudah berjumpa dengan ramai lelaki dan tiada lelaki yang masih bersama saya selepas tiga bulan seperti dia," katanya.
Terdahulu, Elfira telah mengumumkan bakal melangsungkan majlis pertunangan pada bulan Oktober nanti. 
Manakala majlis pernikahan pula dirancang pada tahun depan. Namun tarikh pasti bagi pasangan ini ditunangkan masih belum ditetapkan. 
Wah, beruntung Sufian mendapat isteri seperti Elfira, awal-awal lagi sudah membuat persiapan.  - Apakes
"Ibu Minta Saya Belajar Memasak Untuk Suami Nanti" "Ibu Minta Saya Belajar Memasak Untuk Suami Nanti" Reviewed by Lina Slayer on 01:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.