Imam Maut Dilanggar Sebuah Motosikal




KUALA KLAWANG - Seorang imam yang dalam perjalanan untuk mengimamkan solat Jumaat maut dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Seremban-Simpang Pertang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, Abdul Ghani Dusa, 79, imam Masjid Amar Penghulu di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman serta kepala.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal seorang diri untuk ke masjid dilanggar sebuah motosikal lain.

"Mangsa dipercayai mahu membelok ke kiri di laluan menuruni bukit itu sebelum dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah belakangnya, menyebabkan dia dan penunggang motosikal terbabit terjatuh.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang sebuah lagi motosikal iaitu orang kelainan upaya (OKU) berusia 47 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Jelebu untuk rawatan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Apakes
Imam Maut Dilanggar Sebuah Motosikal Imam Maut Dilanggar Sebuah Motosikal Reviewed by Lina Slayer on 18:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.