"Instagram Bukan Penanda Aras Kebahagiaan Seseorang" - Farid Kamil




Farid Kamil tidak melihat satu keperluan untuk menayangkan kebahagian bersama isteri, aktres Diana Danielle di Instagram semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

Malah kata Farid, dia tidak terkesan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada mereka suami-isteri gara-gara tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial itu.

"Instagram bukan penanda aras kebahagiaan seseorang dan saya tak lihat ia sebagai satu keperluan.

"Jika saya hendak muat naik sesuatu saya akan buat dan bukannya memikirkan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain.

"Pada saya apa orang hendak kata atau komen, itu hak mereka," katanya.

Mana Farid...? Ini Jawapan Diana Danielle

Farid ditemui pada majlis pelancaran filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadakan di Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini kecoh dengan pelbagai spekulasi berhubung rumah tangga Diana apabila pasangan itu dikatakan meraikan Hari Raya Aidilfitri secara berasingan.

Pasangan ini juga dilihat berbahagi tugas penjagaan dua cahaya mata sepanjang menyambut Aidilfitri lalu membuatkan timbul pelbagai pertanyaan mengenai status hubungan mereka.

Diana bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan dia dan Farid tidak menyambut perayaan itu bersama kerana perlu menjaga ibunya yang dijangkiti demam denggi.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu isu besar kerana sebelum berkahwin dengan Diana mereka memang jarang menjaja perihal percintaan mereka kepada umum.

Bagaimanapun kata Farid, perkahwinannya dengan Diana bahagia bersama dua anak mereka iaitu Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.

"Sejak dari awal lagi kami tidak pernah menjadikan hubungan kami sebagai 'selling point' dan ia tiada beza dengan sekarang.

"Tetapi Alhamdulillah kami bahagia, tiada masalah kritikal cuma perkara kecil-kecil itu biasalah," ujarnya.

Bercakap mengenai Tombiruo: Penunggu Rimba, Farid berkata dia tidak teragak-agak menerima tawaran membintangi filem itu kerana ia sebuah nashkah berpengaruh dalam kalangan penggemar novel aksi dan seram.

Malah kata Farid dia yakin filem adaptasi daripada novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu akan mendapat sambutan luar biasa memandangkan ia menampilkan jalan cerita berbeza.

Selain Farid, filem itu turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan Muhammad Al-Rayyan.

Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 12 Oktober depan. - Apakes
"Instagram Bukan Penanda Aras Kebahagiaan Seseorang" - Farid Kamil "Instagram Bukan Penanda Aras Kebahagiaan Seseorang" - Farid Kamil Reviewed by Lina Slayer on 11:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.