"Insya-Allah Kalau Saya Hamil Saya Akan Beritahu"




Mempunyai hampir 5 juta pengikut di laman Instagram, pastinya segala perubahan dan perkembangan semasa Nora Danish akan menjadi perhatian dan baru-baru ini, berikutan gambar pelakon ini yang kelihatan sedikit berisi, ada yang menyatakan bahawa Nora sudah berbadan dua.

Bagaimanapun, Nora tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut namun suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri bagai memberi bayangan terhadap apa yang bakal menanti.

“Insya-Allah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,” jelasnya. Kenyataan yang diperoleh daripada suami Nora itu sendiri pastinya memberikan harapan kepada peminat untuk menanti kehadiran cahaya mata buat pasangan tersebut.

Sementara itu dalam masa yang sama, bekas isteri Nedim, Nabila Khan sebelum ini telah menghalang Nedim daripada berjumpa anaknya sendiri sekaligus membuatkan Nedim membuat rayuan mahkamah berhubunga perkara berkenaan.  - Apakes
"Insya-Allah Kalau Saya Hamil Saya Akan Beritahu" "Insya-Allah Kalau Saya Hamil Saya Akan Beritahu" Reviewed by Lina Slayer on 12:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.