Jangan Ganggu Mereka - Pengarah HKL




KUALA LUMPUR - Waris mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), meminta orang ramai dan media supaya tidak mengganggu mereka.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata mereka memerlukan ruang untuk pulih daripada trauma susulan tragedi kebakaran itu.

"Mangsa, keluarga masih dalam keadaan trauma dan terganggu. Mereka memerlukan ruang dan masa untuk pulih seperti biasa.

"Kami ada menerima aduan keluarga mengenai situasi berkenaan dan harap orang ramai serta media memahami serta memberi kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, tinjauan ke wad tiga ICU Kebakaran HKL yang menempatkan seorang mangsa, Adib Bakri Bakhir, 15, mendapati kawasan itu dikawal rapi dua polis bantuan serta petugas HKL.

Seorang wanita dilihat keluar wad berkenaan pada jam 3 petang dan ketika ditanya media, beliau mengakui adalah waris Adib, tetapi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, 20 minit kemudian, apabila kembali dari farmasi ke wad itu, beliau diiring seorang petugas lelaki HKL.

Ketika wartawan cuba menghampiri wanita berkenaan, petugas lelaki itu dengan tegas menyatakan: "Tak nak diganggu, tak nak diganggu!"

Seorang daripada dua polis bantuan yang berada di lokasi berkenaan turut mengambil gambar wartawan dan jurufoto yang menunggu di luar wad.

Pada jam 4.30 petang satu troli tertutup yang berada di hadapan pintu wad dibawa keluar ditolak seorang tukang cuci dan diiringi dua polis bantuan meninggalkan wad berkenaan.

Wanita terbabit kemudian dilihat keluar dari wad membawa troli dipenuhi barang dan diiringi polis ke kereta Proton Exora kira-kira jam 5.30 petang. - Apakes
Jangan Ganggu Mereka - Pengarah HKL Jangan Ganggu Mereka - Pengarah HKL Reviewed by Lina Slayer on 03:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.