"Jangan Terlalu Taksub Cari Salah Orang Lain" - Nedim




Baru-baru ini, gambar yang dikongsikan pasangan ini ketika bercuti menjadi buah mulut warga laman sosial. Ini kerana ada segelintir pengikutnya di laman Instagram menyelar tindakan isterinya, Nora Danish kerana berpakaian seksi malah turut mempertikaikan kekayaan Nedim.

Pelik sungguh melihatkan reaksi manusia yang gatal mata melihat kesenangan orang lain sedangkan mereka boleh memilih untuk unfollow pasangan ini di laman sosial.

Namun Nedim tidak mudah melatah dan kadang-kala dilihat melayan komen-komen yang cuba mencetuskan provokasi.

“Dunia ini ibarat roda, jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri, jadi lebih baik daripada anda hari ini,” antara kata-kata yang dijawabnya kembali di ruangan komen.

Selain itu, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut menasihatkan agar rata-rata yang meninggalkan komen negatif agar memperbaiki diri dan membuang sifat dengki. - Apakes
"Jangan Terlalu Taksub Cari Salah Orang Lain" - Nedim "Jangan Terlalu Taksub Cari Salah Orang Lain" - Nedim Reviewed by Lina Slayer on 00:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.