Jenazah Muhammad Fahmie Dikebumi Di Makam Haji Said




SEREMBAN - Suasana pilu menyelubungi sekitar Makam Haji Said di sini malam ini sempena pengebumian pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, Muhammad Fahmie Abdullah, 11.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira 9 malam ini dan talkin kemudian dibacakan oleh Imam Masjid Kariah Paroi Jaya, Raza Mohd Zain.

Sebelum itu van jenazah tiba kira-kira 8.35 malam selepas berlepas dari Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7.18 malam.

Turut berada di sini anggota Exco Datuk Abu Ubaidah Redza, anggota keluarga Allahyarham, saudara-mara serta orang ramai.

Allahyarham Muhammad Fahmie adalah antara 23 yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu awal pagi semalam.

Sebelum itu, kesemua jenazah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara HKL kira-kira 6 petang dan dibawa ke Surau Kuarters HKL untuk dimandikan menggunakan teknik tayammum, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang ditetapkan oleh waris masing-masing untuk disemadikan. - Apakes
Jenazah Muhammad Fahmie Dikebumi Di Makam Haji Said Jenazah Muhammad Fahmie Dikebumi Di Makam Haji Said Reviewed by Lina Slayer on 03:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.