“Kalau Dia Matang, Mesti Tak Pakai Baju Macam Ni”




Nampaknya percutian adik beradik Neelofa di bumi Eropah kini menjadi perhatian warga laman sosial.

Jika sebelum ini pakaian Neelofa ditegur, dalam masa yang sama pakaian adiknya, Ameera Khan turut menjadi bahan kecaman di Instagram.

Dalam muatnaik beberapa gambar mereka bercuti, Ameera telah menggayakan baju yang cukup ringkas namun turut menampakkan bahagian perutnya.

Perkara tersebut lantas mengundang rasa tidak puas hati terhadap adik Neelofa itu kerana ada warga laman sosial beranggapan pakaian tersebut adalah tidak sopan.

Sementara itu ada yang menyifatkan adik Neelofa tidak matang dan seperti kebiasaan juga, wujud pengira dosa di bahagian komen. Bagaimana pertimbangan dosa dilakukan oleh mereka tidaklah kami ketahui.

Bagiamanapun Ameera dilihat enggan melayan komen yang ditinggalkan. Apa yang pasti, ke mana sahaja dan apa saja keluarga ini lakukan, pastinya ia akan menjadi perhatian. - Apakes





“Kalau Dia Matang, Mesti Tak Pakai Baju Macam Ni” “Kalau Dia Matang, Mesti Tak Pakai Baju Macam Ni” Reviewed by Lina Slayer on 23:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.